Mahir Masak - Kelas Mahir Masak (Minggu 8 : Dessert Pelbagai Jenis – Portuguese Egg Tart dan Cream Puff)

4 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

3 Mac 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi Kelas Mahir Masak pada Minggu 8 iaitu Dessert Pelbagai Jenis – Portuguese Egg Tart dan Cream Puff.

Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang bakeri dan pastri, serta memberi pendedahan kepada teknik penyediaan pencuci mulut yang popular dan digemari ramai.

Sepanjang kelas ini, peserta didedahkan kepada bahan-bahan asas yang digunakan dalam penyediaan kedua-dua jenis pencuci mulut tersebut.

Kelas ini turut menekankan kepentingan ketepatan sukatan bahan, teknik penyediaan yang betul serta penggunaan peralatan dapur dengan selamat. Peserta juga diberi panduan mengenai cara menghias dan mempersembahkan dessert agar kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali